Friday, April 29, 2011

Petua Awet Muda


Selamat pagi !!Ana tak dapat tahan nafsu lah.Nak jugak post benda nih..jikalau korang dah tahu..takpa lah..ana post menda nih saja je sebab ana sendiri malas nak bukak website tu manyak kali..so tunggu apa lagi! hayya hayya !!
Muka korang mesti berminyak kan selepas bangun tidur.Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.Hehehe..
Urutkan wajah korang dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.InsyaAllah..
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.Maafkan semua orang sebelum tidur...
                                                                 awet muda tak?
Semua ni ana ambek daripada sebuah laman sesawang..kalo ada yang salah tolong comment okay!Assalamualaikum.. ^.^

Tuesday, April 26, 2011

Wajib Tau..

Fuhh!! Dah lama aku tinggalkan dunia blog rupanya..mana taknya..sebok..kerja sekolah dah siap..okay..takpa la sebab sikit..yang boleh jadi sebok tu pasai keno menghafal.Aku 'ekro' lagi dua minggu je tinggal.Tinggal apa? Tinggal nak exam mid year lah!hmm..rasa mau pengsan pun ada bila fikir balik tentang exam..yer laa..masa first exam dulu..sekolah gabungkan 21 subject jadi 16 subject..boleh diterima lagi..bila dah nak exam mid and last year..jadilah DUA PULUH SATU..!! banyak sehh..semuanya dah bertambah..subject,hari,soalan..dan semestinya lah markah pun kena bertambah gak.kalo peratusan dapat 50 % ke bawah..kenalah panggil mak bapak jumpa mudir..talking..talking gituh.

Ok,back to the future..pasai aku wat tajuk 'wajib tau' tu ada sebabnya..sebabnya ialah..ehem ehem..bak kata abang aku .. 'piyed'.hehe. selama tujuh hari dalam bulan ramadhan berapa hari bulan aku xingat.so kena lah ganti..xganti dosa!so aku bersepakat ngan ummi aku nak puasa hari nie..tu la..xnak ganti awal sangat.padan muka lah!

Ya Allah! banyak dugaan betoi..aku terasa macam duk kat padang pasir! dengan panasnya,sempitnya,kata-katanya..hmm..dah la aku tengah puasa..aku bukannya ada bonggol atas belakang..kalo xde pon,alhamdulillah..haha.Tuhan dah buat kita ni sebaik-baik kejadian..jangan duk ubah-ubah nehh..

Nasib baik lagi ari ni balek kul 2.00 petang..aku pun xpasti ade ke tidak kokurikulum..esok n khamis lah yang ada problem sikit..balik kul lima..rabu ada usrah..khamis sepatutnya balik kul 2 tapi akak-akak choral speaking nak buat latihan sebab ada sorang doktor ni jemput kitorang untuk buat persembahan di sebuah hotel yang bernama..aku xingat.Doktor tu ayah kepada sorang akak form 3..akak tu mengadu kat ayah de..bahawasanya kami buat persembahan best!hehe.tapi hari tu kitorang xbuat dengan baik..sebab masing-masing busy..terutamanya akak-akak form 5. sedih+malu..scrip tunggang langgang macam kuda.gaya pon 'kucar-kacir'
macam orang duk halau lalat.hehe.

Selalunya aku xlah terliur sangat kalo orang minum air teh and makan gula-gula and makan keropok and makan icecream..tapi xtau lah..kalo semuanya tengah puasa kecuali sorang yang xleh..pon xkan terliur..disebabkan ada 'tobour' lah yang membuatkan aku terrliur sangat-sangat.Aku balek skolah and gi mcdonald,pejabat pos ngan mak aku.sampai rumah pukul 3.00 .lepas mandi,solat,,aku buat kerja skola..siap! pastu mata aku ni terkelip-kelip macam lampu pendaflour yang rosak suis penghidup tuh..so apa lagi!aku lepmarkan badan aku yang lemah ni atas katil sampai kul 6.15..hehe..best!

Okaylah..dah panjang sangat lah..!ni baru ganti satu ari..belom lagi abes..six days to go..sabar-sabar....aku nak gi sambung buat buku scrap BM..sepatutnya ari khamis keno hantar tapi cgu aku kan baek..beliau perlonggarkan sedikit..kenalah hntr minggu depan..alhamdulillah FULLstop..assalamualaikum..