Saturday, October 15, 2011

Bahaya Mengehadkan Makanan.

Assalamualaikum.

Jika kita ingin mengurangkan berat badan dengan cepat,pertimbangkan kesan-kesannya.ia mungkin boleh membahayakan kesihatan kita.haa.biasanya nie la yang kita buat kan.bila dah tahu berat badan meningkat,cepat-cepat je buat cara tak makan malam la,kurangkan nasi la,kadang-kadang ada sesetengah orang langsung tak makan sehari semalam.ape nie.tak betul langsung.hees.

1)Diet mengelat.bersilih ganti antara tidak makan dan/atau makan terlalu banyak.oleh sebab anda tidak makan,anda akan lebih cenderung makan terlalu banyak kemudiannya kerana berasa kelaparan.

2)Diet secara tiba-tiba.hindarkan mengehadkan jumlah makanan secara drastik.anda tidak akan mendapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan.

3)Makanan dan minuman pelangsing.makanan dan minuman yang menggantikan makanan biasa.makanan seperti ini tidak mengandungi nutrien daripada semua kumpulan makanan yang diperlukan oleh badan.

4)Penghalang lemak.pil-pil yang dikatakan menghalang badan anda menyerap lemak daripada makanan.lebih baik anda makan kurang lemak daripada mengambil seperti ini.

5)Ubat anti obes.sesetengah ubat ini mempunyai kesan pada otak dan sesetengah mempunyai kesan pada sistem penghadaman.doktor biasanya hanya memberikan ubat-ubat ini untuk merawat orang yang sangat gemuk atau obses.apakata masuk program the biggest loser.haha.sekarang nie musim ke bape tak tahu.just kidim.nak masuk program tu memerlukan duit yang banyak.bukan semudah itu kok ! :P

Friday, October 14, 2011

Kulit Sempurna means Babai Makeup :P

Assalamualaikum.

Bebas cela,tiada noda,ton sekata dan cerah bersinar.itulah ciri kulit wajah yang jadi buruan wanita.termasuk aku.meh skodeng langkah ke arah kulit sempurna. :) 

1) Jadikan air kosong sebagai teman baik anda(teman baik yang tak hidup pun perlu ada juga tau)minum air suam sebanyak yang boleh.ia baik untuk melembabkan kulit dari dalam dan dalam masa yang sama menyingkirkan kotoran dalam tubuh.


2) Jaga pemakanan.berikan perhatian kepada hidangan seimbang,pilih yang mewah khasiat khususnya vitamin.vitamin B bertindak membina asas kulit yang sihat,vitamin C dan E memberi perlindungan pada kulit daripada terkena bahana  matahari,manakala vitamin A memperbaiki kulit yang rosak.sumbernya ? ada dalam di sayur-sayuran dan buah-buahan.


3) Kenali jenis kulit anda.buat pemeriksaan mengenali jenis kulit supaya anda mengetahui masalah dan apa jalan penyelesaiannya.ia turut memudahkan anda memilih produk bersesuaian dengan jenis kulit.dapatkan bantuan kaunter kecantikan yang banyak di gedung beli-belah.nie yang aku duk pikir selama nie.



4)Usah memakai alat solek terlalu tebal.pilih yang bertekstur ringan supaya tidak menyumbat liang pori wajah.dan anda wajib membersihkan wajah setiap kali selepas bersolek dan jangan sesekali tidur dengan wajah dilapisi mekap.cuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pabila bersolek gunakan make-up remover untuk membersihkannya,bukan sekadar pencuci wajah biasa.


5)Mencuci,menyegar dan melembab.inilah 3 langkah asas wajib diamalkan bagi anda yang mahukan kulit sempurna.


6)Bersenam untuk mengeluarkan peluh.ambil masa untuk bersukan kerana toksin dalam tubuh perlu dikeluarkan.anda akan tampak hasilnya dalam beberapa minggu.wajah tampak lebih bersei.insyaAllah.


7)Jadikan krim tabir suria sebagai teman baik acap kali anda keluar rumah.seeloknya sapukannya 30 minit sebelum keluar supaya krim tabir suria sebati dengan kulit wajah.alaa.yang vaseline spf 24 tu laa.hess.


8)Bagi yang dikurniakan ton wajah yang gelap,usah terlalu ghairah mencuba krim pencerah wajah.anda perlu tanamkan pada minda anda kulit wajah yang sempurna tidak dinilai daripada ton sebaliknya kompleksi dan sejauh mana sihatnya kulit anda.ye,ce bayangkan.kulit gelap tapi licin dengan kulit cerah tapi tak licin.tentu better yang gelap n licin than cerah tapi tak licin.bagi yang mempunyai kesan atau parut jerawat cuba produk yang boleh memudarkan parut.like bio-oil.aku dah guna.alhamdulillah berkesan :) usah ambil jalan singkat dengan melakukan proses pengelupasan yang menggunakan bahan kimia berlebihan.


9)Usah stress dan tentukan anda mempunyai rehat yang cukup.

Friday, October 7, 2011

Fakta Kerosakan Kulit oleh Sinar Matahari

Assalamualaikum.

Dah masuk bulan Oktober la.sekejap je rasa masa yang berlalu.insyaAllah 23/10 akan ada peperiksaan akhir tahun.uhuks ! rasa macam baru je lepas exam pengesanan aritu.tapi takpelah,nak buat camane kan.terima je la.heh,skip dulu yang tu,jom baca apa yang ada kat bawah ! baca dalam keadaan slow motion tau.sebab if baca laju-laju konpem takkan faham.unless la you're genius !  haha :P

Sun burn (warna kulit yang menjadi sedikit gelap selepas terdedah kepada matahari dalam tempoh beberapa lama) adalah pigmen melanin yang bertindak mengikut sebagai penyelamat kulit.Ia terjadi kerana tindakan mempertahankan kulit daripada sinar matahari yang mana kulit kita sebenarnya mempunyai sistem pertahanan tersendiri.

Epidermis (lapisas kulit atas) akan segera bertindak menyerap sinaran UV dengan melanoma.Ini bertujuan untuk mengelakkan sinar UV daripada menyerang dermis (lapisan bawah kulit) lantas merosakkannya.Melanoma adalah punca kulit menjadi gelap ,kasar dan kusam serta merta.Sekiranya terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari,kulit akan berasa pedih,tegang,menggelupas dan terbakar.

Pigmentasi adalah hasil jangka masa panjang daripada pembentukan  dan pengumpulan pigmen terpendam dalam kulit.Pigmen ini akan mula kelihatan secara berperingkat.Kebanyakan masalah pigmen terbentuk tanpa kita ketahui sejak muda. im still young ! :P selepas berumur 30 tahun,pigmen akan keluar sedikit demi sedikit.Biasanya ia dikenali sebagai 'age spot' .

Kesannya,ketidakanjalan kulit,garis-garis halus dan kedutan mulai muncul.Ini terjadi kerana kerosakan yang teruk dan berterusan dermis akbita sinar UVA,UVA mempunyai kuasa penembusan yang kuat.ia boleh menembusi kaca malah hingga 9 kaki ke dalam air.UVA merosakkan kolagen dan keanjalan sehingga menyebabkan kulit kehilangan kelembapan lantas menjadi kurang anjal dan kering.Oleh sebab sistem pertahanan dermisyang semakin kurang,dengan hanya sedikit UVA yang terpancar sudah mampu merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan di usia muda. 

Yea,muka aku pun kena sunburn jugak.aku rasa la ek,di usia muda nie tak payah lagi la duk terhegeh-hegeh nak pakai pencuci muka ke apa ke.makin ruhsak kulit tu adala.kott.he he.Prevention is better than treatment.like use an umbrella even though in a sunny day.malu ? kenapa nak malu ? kan kita nak mencegah kulit kita daripada berterusan kena sunburn.aku guna jekk :P orang cakap papepon jangan peduli.pastu satu lagi ada orang cakap,ambik wudhu betul-betul. =)