Assalamualaikum.
Dah masuk bulan Oktober la.sekejap je rasa masa yang berlalu.insyaAllah 23/10 akan ada peperiksaan akhir tahun.uhuks ! rasa macam baru je lepas exam pengesanan aritu.tapi takpelah,nak buat camane kan.terima je la.heh,skip dulu yang tu,jom baca apa yang ada kat bawah ! baca dalam keadaan slow motion tau.sebab if baca laju-laju konpem takkan faham.unless la you're genius ! haha :P
Sun burn (warna kulit yang menjadi sedikit gelap selepas terdedah kepada matahari dalam tempoh beberapa lama) adalah pigmen melanin yang bertindak mengikut sebagai penyelamat kulit.Ia terjadi kerana tindakan mempertahankan kulit daripada sinar matahari yang mana kulit kita sebenarnya mempunyai sistem pertahanan tersendiri.
Epidermis (lapisas kulit atas) akan segera bertindak menyerap sinaran UV dengan melanoma.Ini bertujuan untuk mengelakkan sinar UV daripada menyerang dermis (lapisan bawah kulit) lantas merosakkannya.Melanoma adalah punca kulit menjadi gelap ,kasar dan kusam serta merta.Sekiranya terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari,kulit akan berasa pedih,tegang,menggelupas dan terbakar.
Pigmentasi adalah hasil jangka masa panjang daripada pembentukan dan pengumpulan pigmen terpendam dalam kulit.Pigmen ini akan mula kelihatan secara berperingkat.Kebanyakan masalah pigmen terbentuk tanpa kita ketahui sejak muda. im still young ! :P selepas berumur 30 tahun,pigmen akan keluar sedikit demi sedikit.Biasanya ia dikenali sebagai 'age spot' .
Kesannya,ketidakanjalan kulit,garis-garis halus dan kedutan mulai muncul.Ini terjadi kerana kerosakan yang teruk dan berterusan dermis akbita sinar UVA,UVA mempunyai kuasa penembusan yang kuat.ia boleh menembusi kaca malah hingga 9 kaki ke dalam air.UVA merosakkan kolagen dan keanjalan sehingga menyebabkan kulit kehilangan kelembapan lantas menjadi kurang anjal dan kering.Oleh sebab sistem pertahanan dermisyang semakin kurang,dengan hanya sedikit UVA yang terpancar sudah mampu merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan di usia muda.
Yea,muka aku pun kena sunburn jugak.aku rasa la ek,di usia muda nie tak payah lagi la duk terhegeh-hegeh nak pakai pencuci muka ke apa ke.makin ruhsak kulit tu adala.kott.he he.Prevention is better than treatment.like use an umbrella even though in a sunny day.malu ? kenapa nak malu ? kan kita nak mencegah kulit kita daripada berterusan kena sunburn.aku guna jekk :P orang cakap papepon jangan peduli.pastu satu lagi ada orang cakap,ambik wudhu betul-betul. =)
No comments:
Post a Comment