Friday, December 30, 2011

Boboiboy Terbaik ! :))

Assalamualaikum.

Wheu..lama betul aku tak update blog.almaklum lah sekarang nie ada ramai ahli keluarga kat rumah.erk,ramai ke.em ramai la jugak kalau sorang sorang balik.komputer pun ada se je sebelum abang aku yang nombor tiga nie balik,dah ada dua :) hehe.okay,back to the topic.lantak la faham ketidak.hehe.sorry.

Okay,pernah tengok siri animasi 3D BoBoiBoy ? tak pernah,tak pernah ? rugi derr kalau tak tengok.aku pun mula-mula hidung tinggi tau dengan cerita macam nie.lastly,masa tu aku boring sangat,aku give up.tengok je la boboiboy.okey,kau menang boboiboy.aku tak kisah kalau orang cakap macam budak ke apa ke,asalkan kita bahagia and happy,dah :)

Time tengok tu punyalah aku nie takde perasaan.kejam tak ? pastu last-last,aku tergelak jugak.kelakar bangat tau nggak.abang aku cakap,semua anime jepun dia masukkan.bleach,gundam,naruto and banyak lagi lah.Okay now,aku peminat BoBoiBoy.hehe.Terbaik !

Selain daripada kelakar,boboiboy,yaya,ying and gopal nie cute sangat.sometimes.kekiutan diorang tu la yang menambahkan lagi kesedapan cerita tu.kalau korang kata,apa yang cute sangat tentang diorang.,ha,aku cadangkan korang cuba la tengok.buat baik la sikit ngan budak-budak nie ! okay,jom tengok gambar plak.


Kuasa berempat.okay,ambik penghayatan sikit.diorang nie selalu bersama kan kalau ada masalah.kenapa ? sebab diorang nie ada satu hubungan yang sangat istimewa.iaitu hubungan persahabatan.sama la jugak dengan kita,kalau kita ada masalah,cuba-cuba la kongsi sikit dengan kawan.mana tahu kot-kot kawan kita boleh tolong selesaikan.but sometimes kita tak nak kan sebab mungkin sesetengah masalah kita tu ada kaitan dengan kawan kita sendiri.kalau kongsi kan takut kecil hati pulak.kalau macam tu,kita kongsi la dengan kawan kita yang lain.takkan ada sorang je kawan.

Jap,aku dah pening la.-.- hoho,takpe la.aku stop kat sini je la.dah tuan empunya cerita pun dah pening,apatah lagi readers yang sudi membaca kan :D papepun aku happy sangat sebab aku sempat update blog.maaf tau kalau ada ayat yang pening sikit.

Tuesday, November 29, 2011

Bukan Kali Pertama

Assalamualaikum.

#Cerita nie dah lama tapi baru nak post sebab baru ada peluang and masa#

Ada ketika suatu hari terpilih dalam tujuh hari iaitu hari Ahad telah berlaku satu kejadian setelah sepuluh hari aku dan rakan-rakan bercuti selepas ber'perang',bersabar dan sentiasa menggunakan akal fikiranku untuk menghafal,berfikir dan cuba untuk memberi jawapan yang terbaik selama dua minggu dalam peperiksaan akhir tahun yang bakal menentukan kedudukan aku dan rakan-rakan pada tahun seterusnya.

Alhamdulillah aku dapat menempuh cabaran tersebut dengan kuat.Makin hari makin aku berdebar untuk melihat keputusan yang akan dihantar melalui surat.Namun,aku hanya dapat bertawakkal dan berdoa supaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diimpikan dan keputusan yang boleh membuat ibubapaku gembira.InsyaAllah.

Untuk dijadikan cerita,pada hari seperti yang dinyatakan tadi,aku mendekatkan diri dengan komputer,lalu jari-jemariku dengan gembira dan senang hati menari-nari diatas papan kekunci dan menaip laman web 'MUKABUKU'.Selepas itu,jari-jemariku menari lagi dengan menaipkan email dan kata kunci.Dan dalam beberapa saat,masuklah sudah aku ke laman sosial MukaBuku.

Setelah aku menggembirakan diriku dengan status-status dan info-info daripada rakan-rakanku,lalu mataku terlihat sesuatu yang agak menarik pada mulanya.Lalu dibaca lagi dan lagi dan lagi tetapi malangnya berakhir dengan sebuah perasaan cemburu,kecil hati dan terasa ingin mengalirkan airmata yang sudah bertakung ditubir mata dan perasaan lain lagi yang bercampur baur yang susah untuk diungkapkan.Dan untuk mengelakkan aku dari mengasari seseorang yang sedang chatting denganku,aku terus klik pada perkataan log out  lalu meninggalkan komputer dan menangis bersendirian di dalam bilik.


Namun,ketika aku sedang menangis,aku teringat satu nasihat yang mengatakan bahawa-'Jika kamu boleh berkata sabar kepada orang yang sedang mempunyai masalah,kenapa tidak kepada dirimu sendiri'-Lalu aku berhenti menangis tetapi masih ada lagi perasaan seperti yang dinyatakan tadi.Setelah itu,aku teringat pula akan nasihat yang mengatakan bahawa-'Jangan kamu miliki sifat hasad dengki dan cemburu kerana ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat syaitan'-.Selepas itu aku mengesat pipiku yang sudah dibasahi dengan air mata dan menenangkan diri dengan menutup lampu dan terus melelapkan mata yang diiringi dengan doa tidur.

Wednesday, November 9, 2011

Jadilah Wanita...

Assalamualaikum.


Jadilah wanita cantik yang solehah, yang tinggi sifat malunya, yang cemerlang ibadahnya, yang berjaya dengan ilmu pengetahuannya. 

Jadilah kita wanita cantik yang menyejukkan jiwa-jiwa yang basah dengan kalimah Allah, wanita yang menggoncang dunia melahirkan pahlawan dan serikandi Islam seperti sirah di zaman nabi.

Juga terapkan kewujudan ketaqwaan kita kepada ALLAH kat hati.Akhirnya, kita akan kembali kepada Allah dengan membawa kecantikan ini untuk syurgaNya.
Wallahualam.

Cara Merawat Penyakit Hati.

Assalamualaikum.


1. Tidak Banyak Bicara.

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain².

2. Jaga Emosi dan Nafsu.

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT.

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain². Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati.

Dengan berteman dengan orang² yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit² itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Tabahkan Dirimu

Assalamualaikum.


Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu,
memandang serong kepadamu,
meletakkan dirimu bagai tidak berharga,
seolah-olah dunia ini gelap gelita,
tiada tempat untuk meluah,
pintu dunia seakan terkunci untuk menceritakan segala resha dan kekecewaan yang bersarang di jiwa.

Maka,
saat itu,
tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurniaan wudhu'
dan air mata keinsafan.
Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu
untuk mendengar segala isi hatimu yang luka pedih,
Allah itu dekat.

Monday, November 7, 2011

Love This One ! ^_^

Assalamualaikum.


Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.

Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.

Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna. Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. 

Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.

Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama. moga Allah redha~

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Assalamualaikum.


Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau?

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini.
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu.

InsyaAllah Amin Ya RabbalA'lamin.

InsyaAllah ! =)

 Assalamualaikum.

✿~ Menjadi WANITA itu indah..
✿~ Menjadi MUSLIMAH itu sangat indah..
✿~ Menjadi MUKMINAH jauh lebih indah dan menjadi solehah adalah PILIHAN yang terpaling indah..

>>> Aku ingin menjadi SEBAIK-BAIK wanita yang SOLEHAH pada pandangan Allah..dan akan, tetap dan sentiasa memohon dan berusaha dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk mendapatkannya..insyaAllah..(✿◠‿◠)
 




Oh Kenapa Jadi Macam Tu ? o.O

Assalamualaikum.

Cuba tengok post yang kat bawah tu.post itu menarik tapi aku tak tahu kenapa tiba-tiba jadik macam tu.confuse aku.jadi terlebih lebar.mungkin sebab aku dah lama tak update blog and blog nie terkejut langsung terus 'bobok'.haha.tak logik langsung.em.sabar je la.em.i've no idea ! aku jadi diam seribu bahasa apabila post tu jadi macam tu.ruhsak blog aku.even follower tak sebanyak pasir di pantai ! #adakesimileyangmacamtu# =.='

Boleh je kan kalau nak delete post dalam blog.ye,memang boleh.tapi aku tersalah buat.I mean,buat tanpa tanya orang.lepas aku buat and then aku tanya orang and then dia cakap camtu camni.memang betul dah apa yang aku buat tapi salah sikit je.sikit je.yang kesalahan sikit tu la yang menjadikan blog aku tak betoii.huh,not cool.takpe la.aku rasa aku patut buat entry post banyak-banyak untuk coverkan post tu.kan kan kan.hihi.

Saturday, November 5, 2011

Cinta :)

Assalamualaikum.


















Cinta sebenarnya begitu suci, cuma kita yang salah mentafsir. Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.
Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi?
Bukankah cinta itu mulia dan tinggi?
Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?

Benarkah itu cinta,
Kalau kita semakin keji dan hina?
Benarkah itu cinta,
kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?
Benarkah itu cinta,
kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat?
Benarkah itu cinta,
kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina?
Benarkah cinta yang menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri?
Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi ‘suci’?
Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan?
Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?

Benarkah itu cinta Atau nafsu yang menggoda
Atau syaithan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala

Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa
Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari ‘jalan pulang’
Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa ‘jalan pulang’

Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah

Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan mengecewakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari ‘kosmetik’ sahaja. Kita perlukan cinta bukan ‘kosmetik cinta’. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon ‘teruskan percintaan anda’. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.
Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa. Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya.

Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan. Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu. Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda…benarkah itu cinta? 

Saturday, October 15, 2011

Bahaya Mengehadkan Makanan.

Assalamualaikum.

Jika kita ingin mengurangkan berat badan dengan cepat,pertimbangkan kesan-kesannya.ia mungkin boleh membahayakan kesihatan kita.haa.biasanya nie la yang kita buat kan.bila dah tahu berat badan meningkat,cepat-cepat je buat cara tak makan malam la,kurangkan nasi la,kadang-kadang ada sesetengah orang langsung tak makan sehari semalam.ape nie.tak betul langsung.hees.

1)Diet mengelat.bersilih ganti antara tidak makan dan/atau makan terlalu banyak.oleh sebab anda tidak makan,anda akan lebih cenderung makan terlalu banyak kemudiannya kerana berasa kelaparan.

2)Diet secara tiba-tiba.hindarkan mengehadkan jumlah makanan secara drastik.anda tidak akan mendapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan.

3)Makanan dan minuman pelangsing.makanan dan minuman yang menggantikan makanan biasa.makanan seperti ini tidak mengandungi nutrien daripada semua kumpulan makanan yang diperlukan oleh badan.

4)Penghalang lemak.pil-pil yang dikatakan menghalang badan anda menyerap lemak daripada makanan.lebih baik anda makan kurang lemak daripada mengambil seperti ini.

5)Ubat anti obes.sesetengah ubat ini mempunyai kesan pada otak dan sesetengah mempunyai kesan pada sistem penghadaman.doktor biasanya hanya memberikan ubat-ubat ini untuk merawat orang yang sangat gemuk atau obses.apakata masuk program the biggest loser.haha.sekarang nie musim ke bape tak tahu.just kidim.nak masuk program tu memerlukan duit yang banyak.bukan semudah itu kok ! :P

Friday, October 14, 2011

Kulit Sempurna means Babai Makeup :P

Assalamualaikum.

Bebas cela,tiada noda,ton sekata dan cerah bersinar.itulah ciri kulit wajah yang jadi buruan wanita.termasuk aku.meh skodeng langkah ke arah kulit sempurna. :) 

1) Jadikan air kosong sebagai teman baik anda(teman baik yang tak hidup pun perlu ada juga tau)minum air suam sebanyak yang boleh.ia baik untuk melembabkan kulit dari dalam dan dalam masa yang sama menyingkirkan kotoran dalam tubuh.


2) Jaga pemakanan.berikan perhatian kepada hidangan seimbang,pilih yang mewah khasiat khususnya vitamin.vitamin B bertindak membina asas kulit yang sihat,vitamin C dan E memberi perlindungan pada kulit daripada terkena bahana  matahari,manakala vitamin A memperbaiki kulit yang rosak.sumbernya ? ada dalam di sayur-sayuran dan buah-buahan.


3) Kenali jenis kulit anda.buat pemeriksaan mengenali jenis kulit supaya anda mengetahui masalah dan apa jalan penyelesaiannya.ia turut memudahkan anda memilih produk bersesuaian dengan jenis kulit.dapatkan bantuan kaunter kecantikan yang banyak di gedung beli-belah.nie yang aku duk pikir selama nie.



4)Usah memakai alat solek terlalu tebal.pilih yang bertekstur ringan supaya tidak menyumbat liang pori wajah.dan anda wajib membersihkan wajah setiap kali selepas bersolek dan jangan sesekali tidur dengan wajah dilapisi mekap.cuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pabila bersolek gunakan make-up remover untuk membersihkannya,bukan sekadar pencuci wajah biasa.


5)Mencuci,menyegar dan melembab.inilah 3 langkah asas wajib diamalkan bagi anda yang mahukan kulit sempurna.


6)Bersenam untuk mengeluarkan peluh.ambil masa untuk bersukan kerana toksin dalam tubuh perlu dikeluarkan.anda akan tampak hasilnya dalam beberapa minggu.wajah tampak lebih bersei.insyaAllah.


7)Jadikan krim tabir suria sebagai teman baik acap kali anda keluar rumah.seeloknya sapukannya 30 minit sebelum keluar supaya krim tabir suria sebati dengan kulit wajah.alaa.yang vaseline spf 24 tu laa.hess.


8)Bagi yang dikurniakan ton wajah yang gelap,usah terlalu ghairah mencuba krim pencerah wajah.anda perlu tanamkan pada minda anda kulit wajah yang sempurna tidak dinilai daripada ton sebaliknya kompleksi dan sejauh mana sihatnya kulit anda.ye,ce bayangkan.kulit gelap tapi licin dengan kulit cerah tapi tak licin.tentu better yang gelap n licin than cerah tapi tak licin.bagi yang mempunyai kesan atau parut jerawat cuba produk yang boleh memudarkan parut.like bio-oil.aku dah guna.alhamdulillah berkesan :) usah ambil jalan singkat dengan melakukan proses pengelupasan yang menggunakan bahan kimia berlebihan.


9)Usah stress dan tentukan anda mempunyai rehat yang cukup.

Friday, October 7, 2011

Fakta Kerosakan Kulit oleh Sinar Matahari

Assalamualaikum.

Dah masuk bulan Oktober la.sekejap je rasa masa yang berlalu.insyaAllah 23/10 akan ada peperiksaan akhir tahun.uhuks ! rasa macam baru je lepas exam pengesanan aritu.tapi takpelah,nak buat camane kan.terima je la.heh,skip dulu yang tu,jom baca apa yang ada kat bawah ! baca dalam keadaan slow motion tau.sebab if baca laju-laju konpem takkan faham.unless la you're genius !  haha :P

Sun burn (warna kulit yang menjadi sedikit gelap selepas terdedah kepada matahari dalam tempoh beberapa lama) adalah pigmen melanin yang bertindak mengikut sebagai penyelamat kulit.Ia terjadi kerana tindakan mempertahankan kulit daripada sinar matahari yang mana kulit kita sebenarnya mempunyai sistem pertahanan tersendiri.

Epidermis (lapisas kulit atas) akan segera bertindak menyerap sinaran UV dengan melanoma.Ini bertujuan untuk mengelakkan sinar UV daripada menyerang dermis (lapisan bawah kulit) lantas merosakkannya.Melanoma adalah punca kulit menjadi gelap ,kasar dan kusam serta merta.Sekiranya terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari,kulit akan berasa pedih,tegang,menggelupas dan terbakar.

Pigmentasi adalah hasil jangka masa panjang daripada pembentukan  dan pengumpulan pigmen terpendam dalam kulit.Pigmen ini akan mula kelihatan secara berperingkat.Kebanyakan masalah pigmen terbentuk tanpa kita ketahui sejak muda. im still young ! :P selepas berumur 30 tahun,pigmen akan keluar sedikit demi sedikit.Biasanya ia dikenali sebagai 'age spot' .

Kesannya,ketidakanjalan kulit,garis-garis halus dan kedutan mulai muncul.Ini terjadi kerana kerosakan yang teruk dan berterusan dermis akbita sinar UVA,UVA mempunyai kuasa penembusan yang kuat.ia boleh menembusi kaca malah hingga 9 kaki ke dalam air.UVA merosakkan kolagen dan keanjalan sehingga menyebabkan kulit kehilangan kelembapan lantas menjadi kurang anjal dan kering.Oleh sebab sistem pertahanan dermisyang semakin kurang,dengan hanya sedikit UVA yang terpancar sudah mampu merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan di usia muda. 

Yea,muka aku pun kena sunburn jugak.aku rasa la ek,di usia muda nie tak payah lagi la duk terhegeh-hegeh nak pakai pencuci muka ke apa ke.makin ruhsak kulit tu adala.kott.he he.Prevention is better than treatment.like use an umbrella even though in a sunny day.malu ? kenapa nak malu ? kan kita nak mencegah kulit kita daripada berterusan kena sunburn.aku guna jekk :P orang cakap papepon jangan peduli.pastu satu lagi ada orang cakap,ambik wudhu betul-betul. =)

Saturday, September 24, 2011

Friday, September 9, 2011

I'm Old Enough ! #2

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan.nah,tengok la.Adik dia cute kott.aku pun tak faham apa yang dia duk pot pet pot pet tuh tapi,buat-buat faham je la,oke. :D


I'm Old Enough !

Assalamualaikum.


Pernah tengok tak rancangan I'm old enough ? pernah disiarkan di tv3.dah lama kott.rancangan tu memberi tugas kepada kanak-kanak jepun melalui mak diorang untuk membeli barang-barang dapur yang diperlukan kat kedai and semua aksi-aksi diorang dirakamkan oleh kamera tersembunyi.tak silap aku la.best,cute and funny doee ! even though we're not understand what they said,i'm pretty sure you'll keep smiling when watching this video 'cause it's happened to me.Dah,jom tengok !


Hmm,ada satu lagi video.tunggu post yang seterusnya,oke !

Tuesday, September 6, 2011

Ye Ke ?

Assalamualaikum.

Aritu ann,tengok cite yang maybe masih baru lagi di pawagam or maybe baru di channel Star Movie.sanggup tidur lewat malam.aku rasa aku dah naik pangkat jeneral lah kalau bab-bab tidur malam untuk sekarang nie .sebab nanti abg2 n kakak aku takde kat umah,tidur awal la jawabnye.orang atasan kata, kagum dengan aku sebab pukul 12 malam tak tido lagi.mesti korang pikir.eleh,tak tidur lagi pukul 12 tu biasa je.bagi aku,tak.ianya luar biasa.sebab aku ni always tido around 10 pm gituh..takke malu begitu ? abang aku kata "if asma duk hostel ke ape ke..orang akan gelak tau kalau kite tidur pukul 10".

Movie Knight and Day.orang kata best.tapi bagi aku,takde la best sangat,biasa2 je.aku nie bersungguh glaa panggil mader aku swuh tengok cite tu..mula-mula reaksi mak aku biasa je.pastu,bile dah tengok pelakon citer tu Tom Cruise,mak aku nie dengan immediately cakap ' Eh,ada Tom Cruise la ! mesti best' aku nie  ' o.O ' pastu ada sorang heroin ni.aduih..da xingat la nama dia.carik sendirik dalam google :D

So,aku tanye something kat abang and mader aku.maybe soalan yang maybe pelik tapi benar tau !

Aku : Umi,Tom Cruise handsome ke ?     
Umi : *angguk.                                          
Aku : Ye ke ? tak pon.
Umi : Low taste la ma nie.
Aku : *senyap n tak perlu kata apa-apa.

Aku : Ba,Tom Cruise handsome ke ?
Abg : If asma tengok abg handsome,handsome la,if tak handsome,maka Tom Cruise pon tak handsome   jugee.
Aku : Ba tak handsome ! haha.
Abg : Ciss !

Well,tu lah soklan and jawapan yang kuterima..Tapi kan,soklan tu sebelum jalan cerita pergi dengan lebih jauh lagi.walaupun tengok sampai the end,pada pendapat aku,Tom Cruise tu tak handsome ! biasa je..kepada nenekku aka raidah ( jangan marah ) mesti nek suka TC ann,so,sori ! :D

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal Hari yang Istimewa Bagi Orang yang Terasa Istimewa

Assalamualaikum.

Sebelum terlambat,aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2011 nie.maafkan aku kalau-kalau aku ada buat salah ngan korang.baca betul-betul oke.'aidilfitri'.saje je peringatkan sebab ada sorang kawan ayah aku nie,dia hantar mesej ucap 'selamat hari raya aidiladha'.haha.gaduh bangat deh..maybe dia nak chopp lembu awal-awal kot.haha lambat lagi la.bulan 11 kott.*jangan buat kerja last minute*

Kesian peti rumah aku.perut dia dah dipenuhi dengan makanan-makanan untuk raya arinie lah.sarat ! mana tak saratnye kalo ada kek 4 biji.mm..2 bijik je yang letak dalam peti.walaupun 2 biji,saiz kek tu besar oke.ade black forest cake,icing cake,chocolate indulgence cake and satu lagi aku tak tau nama die.sume tu orang yang bagi.jangan harap la kalo nak beli sendirik.lain la kalo kaya sangat-sangat.he he.kalo tak kaya sangat2 pon boleh.dengan syarat simpan duit banyak-banyak.

Nie la chocolate indulgence.sedap ! produk secret recipe.mesti macam takde selera ann tengok bentuk yang macam tin minuman bentuk silinder.takpe.dont wori.scroll bawah cket.

Hah ! dah ada selera ? macam nie la kalo lepas potong slice by slice.besar ann.

Baru aku ingat yang aku satu pun tak dapat kad raya.hmm..just dapat ucapan.tu pun dah memadai kot.dari tak dapat langsung ? kalo dah masuk peringkat umur baru n dah berjauh-jauhan ngan kawan sekola rendah tu,memang susah cket nak dapat kad raya.ye la..xtau alamat rumah kite,xtau nak hantar camane.bagi sesetengah orang tak kisah pun kalau tak dapat kad raya.aku pun tak kisah sebenarnya.kalo dapat kang boley simpan or recycle.wat-wat kenangan gituh.aritu tanya kakak aku pasal kad raya nie.papepon voley la.

Aku     : kak,kakak dapat kad raye tak ?
Kakak : skang nie ade lagi ke orang hantar-hantar kad raye ? 
Aku     : =.=' *tak fasal-fasal kena bidass macam tu.

Menu makanan rumah aku. nasi dagang dengan adik beradiknya gulai ayam dan gulai ikan,satay bersama isterinye nasi kapit,ayam bistik dan pasangannya roti.(ayam bistik ngan roti tu untuk makan kat kampung) pastu air blackcurrent,sape-sape yang minum air nie pengsan 30 minit.sunquick and sirap.pastu tambah ngan dessert puding cream crackers,cake and biscuits.bahan pencuci air bersih n kawan baiknye tisu. 

There's one more thing yang kurang untuk raya tahun nie.wats dat ?! duit raya ! hmm..setakat nie just dapat dalam 30 hinggit.30 hinggit pon jadi laa.abang-abang n kakak aku dah sampai tahap 50 hinggit secara mendadak.adik aku pegi kutip sendirik.aku pun malu kalau ada orang bagi wet raya.dah besar ann.

Em..dan sebenarnyaaa...aku dah kekeringan ideaaa..insyaAllah akan sambung esok atau lusa :) kalau ada kerajinan dan ada semangat berkobar-kobar dan ada ayat-ayat yang menarik dan ada idea yang meletup yang boleh mengalahkan kepanasan lava girl,aku buat.


Saturday, August 20, 2011

The Most Interesting Design of The Building In The World

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita berpuasa ye.thats mean 9 days left to celebrate Hari Raya.persiapan raya aku daa siap ! daa tak perlu gaduh-gaduh :) aku beli baju n other stuff sebelum pose lagi.kalo beli time pose kang penat plak..tu yang tak best.yang bestnya kalo shopping time pose,cepat cket masa nak berbuka.pada pendapat aku lah.

Pagi tadi aku baca sinar harian bahagian santai global.pastu tertarik dengan satu berita nie.aku terasa jugak nak kongsi dalam blog kot-kot ada yang malas nak beli paper ann.harap sudi tengok n baca.So,this is the news.

The Crooked House.

Rumah nie dibina pada tahun 2004.banjir besar kot kat kawasan rumah aku masa tahun tu.dalam rumah tu turut menempatkan pelbagai restoran di Sopot,Bohaterow Monte Cassino Street,Poland.reka bentuk nye adalah berdasarkan lukisan Jan Marcin Szancer and Per Dahlberg.nak tahu siapa diorang ? cari sendirik kat google :D act,aku pun tak tahu sape diorang.hehe.

The Basket.

Ini bangunan punya Syarikat Longaberger Basket maa.diorang bina yang sebegitu rupa sebab syarikat diorang mengeluarkan bakul pasar di Newark,Ohio,Amerika Syarikat.aku suka sebut Ohio.tak tau kenapa.Kos pembinaan bangunan itu mencecah RM 90 juta n mengambil masa selama 2 taon untuk disiapkan.

Cubic House.

Idea asal reka bentuk bangunan ini tercetus pada 1970-an di Netherlands selepas Piet Blom membangunkan bebrapa bangunan berbentuk cubic di Helmond.ia menarik minat Majlis Perbandaran Rotterdam yang meminta Blom mereka bentuk bangunan di atas jambatan laluan pejalan kaki,seakan bangunan 2 tingkat separa kedai seperti masa kini.pening tau dakk aku tengok reka bentuk nie.

Forest Spiral.
 Bangunan ini terletak di Darmstadt,Jerman.Friedensreich Hundertwasser menggabungkan idea penggunaan cat berwarna-warni dan bentuk organik untuk membina bangunan setinggi 12 tingkat dilengkapi 105 apartmen.ia dibina antara 1998-2000.tahun aku lahir tu ! maju-maju.bahagian atas tu dilengkapi dengan tumbuh2an.

Perpustakaan Awam Bandar Kansas.

 Bangunan nie menyerupai rak buku gergasi ann ? perpustakaan awam nie terletak di 10th Street dan Baltimore Avenue,Missouri.Ia dibina setinggi 9 meter dan turut dilengkapi ruang tangga seakan penahan buku pada rak.

Piano House.

Aku suka binaan bangunan yang nie ! Ia dibina di wilayah An Hui,China.turut dilengkapi tangga bergerak dan adalah sebahagian daripada rancangan untuk menarik pelancong luar berkunjung ke China.

Nautilus House.

Dan yang ini.Tengok dak citer Duyung ? pelakon citer tu saiful apek n maya karin.kang maya karin bagi saiful apek something like that when he wants to call the mermaid.aku rase mesti ade mermaid tinggal dalam rumah tu.haha.just kiddim.rumah unik di Mexico City,Mexico ini didakwa dibina kalis terhadap gegaran gempa bumi.Ia juga tidak memerlukan penyelenggaraan khusus.waw,kalis gegaran tu.sape punya idea laa nie.if korang nak tahu rekaan dalaman rumah nie dengan lebih lanjut,sila ke google =) pretty good.

Sebenornya,ada tiga lagi reka bentuk bangunan yang paling menarik.tak ambik la takut panjang sangat post kali nie.Sila ke google sekali lagi n search Dancing Building,Robot Building and Rumah tetamu Hang Nga.With safety and diction,assalamualaikum.

Monday, August 15, 2011

Matured ?

As'salam !

Staright to the point keh sebab daa lama bersengkang mata depan lappy..ponat lah.bukan ape..daa boring enn..homeworks,alhamdulillah dah siap kat skola lagi.Actually,aku tak boley mengadap lappy lame-lame sangat coz power mata aku ni banyak :( paling lama pon sejam..pastu kena tengok pemandangan hijau atau biru atau yang cantik-cantik lah.macam langit ke..rumput-rumput ke,pokok ke..or in the other words..A Green Garden.like this !

Lawa dak ?

Tenang dak ?

Takkan la aku kena googling kalo nak tengok scene yang sebegitu rupa ? Haha.A big fat liar,didn't I ? Kata staright to the point.pastu introduction yang panjang-panjang tu ? siap ngan gambar lagi.

Matured ? kenapa ngan perkataan matured ? entah.tak tahu.gini-gini.Ramai yang ingat aku ni form 5.aku pun naik hairan tau dak.carik punye carik jawapan.akhirnya dapat jugak ! dapat from kawan kakak aku..see..ngan kawan kakak aku pon aku berkawan..hehe..kawan kakak aku yang add..kakak aku suh approve.So,buat je la.Bertindak mengikut arahan,oke.

Kawan kakak aku nie ada nama.malas aku nak nyatakan kat sini.Kalo nak tau,cari sendiri kat wall facebook aku.scroll ke bawah banyak-banyak sikit.confirm jumpa.kalo tak jumpa..bak kata kawan aku,tak lama daa tu..haha.Dia tulis " thanks 4 the add ". Dia kata,aku nie macam form 5 aka orang dewasa sebab cara percakapan aku.aku rasa cara aku macam budak-budak lagi.hess :D

Pastu enn..friend request aku tu kebanyakannye yang dah kerja,duk study kat universiti.Kekadang aku geram la jugak..p,kalo aku kenal tu,aku confirm la.

Papepon,redha je lah.sepatutnya,kita nie kena la berkawan dengan semua orang tak kira umur,pangkat,pendidikan dan lain-lain.Tapi yang perangai buruk-buruk tu jangan la..Oke,bubye ! mak aku daa panggil..tau-tau je la..

p/s : just wrote on monday at 6.30 pm..


Friday, August 5, 2011

Katak Ke Kuih Lapis ?

Someone : Knock knock !
A thing    : Who's there ?
Someone : An author.
A thing    : Author what ?
Someone : Of a blog.
A thing    : Ouh,come in !
Someone : Thanks.

Ceh,perasan author.thing tu blog nie ok.haha.Freak.nak uuucap jugak.walaupun dah lambat 6 hari.AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ! act,masa mula-mula puasa tu daa taip cket.disebabkan aku tulis masa nak tunggu terawih,kena la cepat-cepat.Duk syok blogging,imam dah panggil kat masjid.nak tinggal kang..takut abang-abang aku baca or tutup lappy.sebab aku malas nak guna comp.malu la jugak kalo diorang bace.Nak kongsi la cket stolly molly aku dalam bulan pose nih.

First day pose kena la bangun sahur enn..Bangun tu oke lagi.lepas je makan,ingatkan tak nak tidur sebab lepas aku tidur aku akan rasa lapar balek.lepas mandi pon macam tu.walaupun sebelum mandi tu dah makan.Pelik enn.Nak buat camane,mata aku takleh tahan.so,tidur je la..

Yang aku nak gelaknya,sempat lagi aku dreaming ! gelak sorang diri oke.Aku mimpi pasal katak ! Geli aku.naseb tak muntah.Quite weird sebab aku masuk bilik air dalam kelas budak-budak tadika.haha.masuk bilik air tu kononnya nak mandi la kan.Pastu aku nampak katak.katak tu bosar macam bas.unik glaa kaler katak tu.i mean,tak pernah jumpa lagi katak sebegitu warna.kaler katak tu warna pink campur kuning ! Bagi aku,lawa la jugak pink ngan kuning.tapi warna tu dah ada kat katak tu.so,dah jadi kureng la..Cite kat mak aku.mak aku kata ke tetukar ngan kuih lapis ?? Tak kot sebab katak tu macam adeee..ape eh ? aku pon tak pasti lah benda tu.tapi yang aku pasti surface katak tu kasar.

Aku jerit kuat glaa.naseb dalam mimpi jerk.budak-budak tu buat muka derkk je..macam dah biasa ngan katak tu.bilik air tu kaler pink.kelas diorang pon pink.baju pon pink ! minat pink ke ape ?? Nie la obses sangat ngan pink.sampai katak pon warna pink.naseb badan tu tak warna pink.haha.Pening aku sebut word pink banyak kali.kang nanti jadi pelempang free kang..haha

Aku search google kot-kot ade katak warna kuning.memang ada tapi aku tak sanggup nak ambek.Nie yang aku jumpa.



p/s : wrote on saturday at 8.00 a.m.

Thursday, July 14, 2011

Konichiwa ! ^.^ Arini aku ngan mother gi pameran Cheng Ho kat bazar Tok Guru.kenal ke tidak bazar tok guru itu ? meh nak bagi clue..kat kb mall jee.Kalo tak kenal kb mall tu,memang teruk ah.Hehe.silap jerk pegi kul 10 coz pembukaan kedai-kedai is on the way ! 

Jalan-jalan,jumpa kedai makanan.kat kedai tu de jual macam-macam..icecream,ice blended n banyak lagi  p aku je yang xkenal nama2 barang tu.hehe.So,beli la ice blended coz saje je nak bandingkan dengan cool blog..ade enam perisa.Disebabkan rindu sangat dengan coklat tiramisu,aku beli yang perisa tiramisu.Pahit dowhh ! de letak topping yang bulat-bulat tu..orang panggil ape eh ? watever la.p,aku panggil cincau.memalukan ! cincau tu xley nak masuk terowong straw.geram sangat ! Tapi enn,abes gak..hehe.

Nampak tak yang kat atas tu ? Bende tu lar yang aku panggil cincau ! :P

Aku teruskan lagi perjalanan sampai jadi pening..daa banyak sangat ! Jumpa kedai coklat.coklat tu aku pernah makan.sedap kott ! bekas bosar ade 50 n harga dia 35.bekas kecik ade 25 n harga dia aku xingat.Murah kot ? coklat tu orang panggil almond striped chocs.probably.Sape-sape yang mempunyai pipi yang tembam,boleh la try coklat ni.sobab pa aku kata camtu?sebab mulut aku nie daa penat disebabkan duk mengunyah coklat nie ! Korang makan dalam 2 hari,konpem pipi jadi cantik jelita..haha.

Coklat nie !





Friday, July 8, 2011

Untitled Story

Assalamualaikum u alls..

Daa lama kan aku tak buat entry post pasal diri sendirik..Nak buat camane,dah aku nie xde mood untuk blog..erkk.Takde mood untuk blog ke untuk diri sendirik ? Ahh ! abaikan je la.Actually,banyak je cite yang aku nak kongsi.Tapi,xtercapai akalku..tak tercapai la coz frust menunggeng sikit..limaza ? li anna,result mid year tidak begitu memuaskan.=.=' Takpe2..insyaAllah aku akan usaha lebih lagi untuk imtihan nihaayatassunnah.Aku rasa,bukan aku sorang kot,tkpe2..aku tambah..aku n kawan-kawan aku..hehe.

Mau tanya sikit.ayat-ayat kat atas tu nampak cam sedih eh ? or menyayat hati ? oh noe ! no need to worry la..im oke. erk..xde sape tnye pon ? Hmm.xpe2..bile lagi enn nak cakap sorang2 camnie.Free pon free..duit pon xmelayang kearah yang xtentu pasal.Baru ku sedar,daa tiga kali aku guna perkataan 'xpe2'..mengikut undang-undang sekola aku,membuat kesalahan lebih daripada tiga kali akan dikenakan hukuman..Act,ade ayam disebalik macaroni tuh..hanya orang-orang yang rapat ngan aku jerk tau pasal ayat tu..ayat mane ? Ni haa 'membuat kesalahan lebih daripada tiga kali akan dikenakan hukuman'.

Astaga ! Aku daa lari tajuk ke ape ? Lari tajuk sampai dua perenggan..dua perenggan equal to two kilometres..haha..kuat aku mencarut.Huh,like i care ? Post nie ada tajuk ke sebenarnye ? Tak de pun kann..iskk =.='

Aku xtao nak start cite dari arah mana..kan ada 8 arah.8 ke ? Kalo tanya cikgu geografi konpem dapat penampar free lagi manis.Tak cukup dengan tu,tambah lagi perisa sweet sour..Takkan la sampai macam tu kot ? Unlikely ! =) Kalo ye pun,korang la jawabnya..haha..kiddim,oke !

I think there's no other word that I want to write, or to say..so,i'll stop here until my very very good mood come back to me.Hehe ! Salam ^_^

P/s : If date kuar ari jumaat,salah oke.Aku tulis post nie ari sabtu,9/7..masa pon kul 2.40 .

Saturday, June 11, 2011

Rahsia Solat :)

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 ) Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 ) Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 ) Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 ) Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 ) Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6) I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.

7) Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 ) Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 ) Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 ) Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11) Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab
mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...