Thursday, May 19, 2011

Betul Ke...Wahai Wanita ?


Siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem tak tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap-tiap bulan, survive jek

tengah-tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yang paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yang paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak-gelak lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah tak adil dengan perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu-lagu yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita tak pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni :-

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yg tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



                      ~ Wallahu'alam~ Assalamualaikum :)

Monday, May 16, 2011

New Spectacle =)

Hello!!aku xtau kenapa aku hepy arini..hehe..tapi bila dah nak dekat malam..masam mencuka la muka aku sebab keesokan harinya sambung exam mid-year lagi!haishh..yang aku nak cite nye bukan pasal tu..pasal ni haa..ish iish ish.boleh plak aku buat introduction yang amat 'cantik' ini dalam belog..kalo kelmarin taboleh plak.waduh waduh..

Sebelum exam mesti la cikgu-cikgu buat ulang kaji kan?Crita ini akan bermula dari subject science..one of my fevret subjects..hehe.. dua minggu lepas cikgu sains aku yang cantik jelita ini buat la beberapa soalan and then suh kitorang salin dalam buku nota cause nanti kitorang boleh rujuk balek..xyah guna buku manyak-manyak..susah cikgu aku kata.

Pastu aku salin lah seperti yang diarahkan..aku tahu power spec aku ni dah teruk..beratus-ratus tau tak?!Tapi still lagi tak nampak dengan sharp,dengan jelas,sebab spec ni berusia sejak pertengahan tahun lepas.So aku mengadu lah kat mak aku.Mak aku kata..esok kita gi check..aku kata tanak cause tinggal seminggu je lagi nak exam..rugi la kan kalo gi check selalu cause masa exam cikgu takde pun nak tulis-tulis kat whiteboard..kalo nak tulis pon hanya subject exam pada hari tersebut and masa kan.

Tapi aku tak dapat nak tahan lah sebab aku takot kalo lambat-lambat gi check makin bertambah power spec..so aku ajak mak aku pegi Federal Optical dua hari yang lepas..malas nak fikir eh?meh aku terus terang..hari ahad lah 15/5..aku rasa aku ni dah menjadi pelanggan tetap kat kedai tu!hehe.Then aku masuk kedai tu dengan takde perasaan cause aku dah tahu mesti power spec aku increase.

Pastu sorang optometrist laki ni mintak aku suh bagi spec aku kat dia sebab dia nak check..aku tunggu bebrapa minit and dia datang dia tunjuk power spec tuh..right 525..left 550..manyak kan?tu yang lepas..dan yang sekarang..before that..dia suh aku letak muka aku kat benda ni..

                                                             apakah nama benda tu?

Later..kelurlah result power mata aku yang baru dalam bentuk resit gitu..so right 600..left 650..dahsyat betul!optometrist tu tanya aku ni form bape..pastu aku kasi tau kat dia!ya Allah!dia amatlah terkezut..aku ngan mak aku mestila lagi terkezut!yang aku nak gelak nye..isteri dia pon terkejut gak!haha..teruk betul!

Lastly..dia cadang suh buat spec baru..mak aku pun relakan jugak..aku tanak lagi buat spec baru!aku hanya nak check saja!huh..so cermin je dah berharga rm 280..spec tu?aku tanak tau maa!assistance dia kira-kira jumlah nya rm 430!!ni la spec yang termahal pernah aku buat.menyesal la pullak!cermin tu  mahal cause power aku ni banyak..optometrist tu cadang supaya aku amek cermin yang 1.6 ..aku pon xtahu ape bendenya yang 1.6 itu..but it came from Japan..probably.Hehehe..so..aku bleh pakai spec baru aku tomorrow! insyaAllah..but..kalo aku saaayang sangat nak pakai spec tu masa exam..aku akan pakai yang dulu lagi. just say peace!!aku nak pegi makan mushroom soup yang mak aku buat ngan garlic bread! Yummy!eh eh!belum makan lagi dah kata yummy hehe..biasalah..kalo buatan mak..mestila mouthwatering..Assalamualaikum.. ^.^

Wednesday, May 11, 2011

Jika Anda Boleh Berimaginasi Ketika Membuat Karangan,Kenapa Yang Sebegini Rupa Tidak?

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.     Gambaran Hari Kiamat   ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. ✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.  


Okay bye!Aku nak g buka puasa!Lapor bangat!Assalamualaikum..

Tuesday, May 10, 2011

Renung-renungkan Okey!

Saat kita membawa Alqur'an, syaitan biasa-biasa saja. Saat kita membukanya, dia mulai curiga. Saat kita membacanya, dia gelisah. Saat kita memahaminya, dia kejang-kejang hampir pingsan. Dan saat kita mengamalkannya, dia langsung stroke.., ^_^


Al-Quran..

Sahabat...
Sahabat yang baik, pabila dipandang wajahnya, membawa kita mengingati Allah... Mendengarkan kata2 nya, menambahkan ilmu... Terlihat gerak-gerinya, meninggikan takut kita kepada Allah... Berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.. Wallahualam..

InsyaAllah aku dan kawan-kawan aku akan belajar menjadi wanita cantik dan solehah kepunyaan Allah..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Ya Allah,
pinjamkan kami keberanian Umar al Khattab,
ketangkasan Khalid al Walid,
kecekalan Thoriq bin Ziyad,
kekentalan Salahuddin al Ayubi
dan ketajaman Sultan Muhammad al Fateh.


Cabaran..
♥ Sekuat mana pun GODAAN yg harus KITA hadapi,
♥ Sekuat mana pun CABARAN yg harus KITA lalui,
♥ Sejauh mana pun hari-hari yg KITA tempuhi,

♥ JANGAN PERNAH berhenti BERHARAP dari pertolongan ILAHI
...
♥ Kerana HARAPAN adalah MASA DEPAN,
♥ Kerana HARAPAN adalah SUMBER KEKUATAN,
♥ DOA adalah PINTU KEBAIKAN,
♥ DOA adalah SENJATA ORANG YG BERIMAN
Yakinlah ALLAH sentiasa bsama orang2 yg SABAR..

Monday, May 9, 2011

Aku,Mereka dan PIBG..

Kali ni aku post yang simple je sebab aku tengah mengantuk.Aku tanak tidor sebab homework macam bukit.Bukan gunung,okay!Sebab kalo gunung aku kasi kat abang-abang dan kakak aku.Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat jemputan ke majlis pernikahan kakak aku..alamak!Typo.hehe!Majlis Anugerah Kecemerlangan yang bertempat di skola lama ku dulu..Habislah aku kalo kakak aku yang satu baca benda tuh!

Aku semangat gilak!sanggup bangun pukul 6.15 disebabkan majlis tu.Aku selalu bangun nak solat tambah lagi lima belas minit dari masa tuh!pecah rahsia!Whoaa..patutlah raidah kelas aku panggil aku 'makcik' ! sebab aku ni terlalu kuat bercakap.Takpa lah..aku nak sambung balek..simple ke gini?adehh..

Haa..korang sanggup ke tidak aku tak kesah.asma tak keeesah!hehe.Ni la makhluk-makhluk Allah yang aku jumpa kat majlis tersebut..


Namanya Nuranis Hidayah.panggil saja ANIS!
Dialah antara pelawak dalam kelas aku masa aku darjah 3 atau 4.Aku ingat lagi peristiwa tu..Dia buat aku gelak sampai tak ingat dunnia!Astaghfirullah..jatuh kerusi tau tak!malu lah sebab semua orang tengah tengok kat aku dan dia.hehehe..dia berkulit tak hitam sangat tapi manis!
Dan dia juga telah membuatkan seseorang telah jatuh jantung dengan dia! *peace*






Mesti korang dah tahu kan macam mana rupa paras aku yang telah diciptakan oleh Allah..ini disebabkan aku ada dalam kedua-dua gambar.ah!malunya! Haaa..yang aku nak cite bukan pasal tu.pasal budak  yang bertudung kuning cair.Cute kan?Dia boleh menjadi seorang yang garang,juga boleh menjadi seorang yang penyayang.hehe.Junior aku dari segi umur.tapi senior aku dari segi kokurikulum..pelik kan?Gini donk..dia masuk dalam bidang taekwondo pada umur 9 tahun manakala aku masuk umur 10 tahun.so,dia telah mendahului aku.sekarang ni dia dah tali pinggang merah 2 kalo xsilap aku dan aku biru 2..kejayaan dia telah menaikkan nama sekolahku yang tercinta di peringkat kebangsaan..malangnya tak menang,hanya dapat gangsa.okay la dari xdapat langsung.Hubungan aku ngan dia..boley dikira rapatnya!hehe   

Ni pulak badan-badan pelajar perempuan yang berjaya dalam UPSR tahun 20__ !sebab pa aku kata badan?sebab diorang ni pemalu!geram aku!semuanya berjumlah 13 orang termasuk aku.Tapi aku tanak ambek gambar-gambar laki yang berjumlah 4 orang..dan bila dah ditolak yang empat itu..korang mesti da tahu kan jumlah yang pompuannya..hehehe..skema betul ayat aku! pada tahun nie sebanyak 4 orang sahaja yang ke sekola MMP..3 di SMIP..3 ke MML..1 di SMK Kedai Buloh 2..2 ke SMKP..kiralah betul ke tidak jumlahnya 13!aku kan dalam keadaan mengantuk.so takut-takut ada yang salah..

Okay ! Aku da nak tunai perintah..dosa kalau tak tunaikan..actually gambar banyak lagi..9 kot..banyak la tu kan sebab da lebih daripada satu!Assalamualaikum..