Tuesday, November 29, 2011

Bukan Kali Pertama

Assalamualaikum.

#Cerita nie dah lama tapi baru nak post sebab baru ada peluang and masa#

Ada ketika suatu hari terpilih dalam tujuh hari iaitu hari Ahad telah berlaku satu kejadian setelah sepuluh hari aku dan rakan-rakan bercuti selepas ber'perang',bersabar dan sentiasa menggunakan akal fikiranku untuk menghafal,berfikir dan cuba untuk memberi jawapan yang terbaik selama dua minggu dalam peperiksaan akhir tahun yang bakal menentukan kedudukan aku dan rakan-rakan pada tahun seterusnya.

Alhamdulillah aku dapat menempuh cabaran tersebut dengan kuat.Makin hari makin aku berdebar untuk melihat keputusan yang akan dihantar melalui surat.Namun,aku hanya dapat bertawakkal dan berdoa supaya mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang diimpikan dan keputusan yang boleh membuat ibubapaku gembira.InsyaAllah.

Untuk dijadikan cerita,pada hari seperti yang dinyatakan tadi,aku mendekatkan diri dengan komputer,lalu jari-jemariku dengan gembira dan senang hati menari-nari diatas papan kekunci dan menaip laman web 'MUKABUKU'.Selepas itu,jari-jemariku menari lagi dengan menaipkan email dan kata kunci.Dan dalam beberapa saat,masuklah sudah aku ke laman sosial MukaBuku.

Setelah aku menggembirakan diriku dengan status-status dan info-info daripada rakan-rakanku,lalu mataku terlihat sesuatu yang agak menarik pada mulanya.Lalu dibaca lagi dan lagi dan lagi tetapi malangnya berakhir dengan sebuah perasaan cemburu,kecil hati dan terasa ingin mengalirkan airmata yang sudah bertakung ditubir mata dan perasaan lain lagi yang bercampur baur yang susah untuk diungkapkan.Dan untuk mengelakkan aku dari mengasari seseorang yang sedang chatting denganku,aku terus klik pada perkataan log out  lalu meninggalkan komputer dan menangis bersendirian di dalam bilik.


Namun,ketika aku sedang menangis,aku teringat satu nasihat yang mengatakan bahawa-'Jika kamu boleh berkata sabar kepada orang yang sedang mempunyai masalah,kenapa tidak kepada dirimu sendiri'-Lalu aku berhenti menangis tetapi masih ada lagi perasaan seperti yang dinyatakan tadi.Setelah itu,aku teringat pula akan nasihat yang mengatakan bahawa-'Jangan kamu miliki sifat hasad dengki dan cemburu kerana ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat syaitan'-.Selepas itu aku mengesat pipiku yang sudah dibasahi dengan air mata dan menenangkan diri dengan menutup lampu dan terus melelapkan mata yang diiringi dengan doa tidur.

Wednesday, November 9, 2011

Jadilah Wanita...

Assalamualaikum.


Jadilah wanita cantik yang solehah, yang tinggi sifat malunya, yang cemerlang ibadahnya, yang berjaya dengan ilmu pengetahuannya. 

Jadilah kita wanita cantik yang menyejukkan jiwa-jiwa yang basah dengan kalimah Allah, wanita yang menggoncang dunia melahirkan pahlawan dan serikandi Islam seperti sirah di zaman nabi.

Juga terapkan kewujudan ketaqwaan kita kepada ALLAH kat hati.Akhirnya, kita akan kembali kepada Allah dengan membawa kecantikan ini untuk syurgaNya.
Wallahualam.

Cara Merawat Penyakit Hati.

Assalamualaikum.


1. Tidak Banyak Bicara.

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain².

2. Jaga Emosi dan Nafsu.

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT.

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain². Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati.

Dengan berteman dengan orang² yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit² itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Tabahkan Dirimu

Assalamualaikum.


Ketika insan lain hampir tidak percaya dengan dirimu,
memandang serong kepadamu,
meletakkan dirimu bagai tidak berharga,
seolah-olah dunia ini gelap gelita,
tiada tempat untuk meluah,
pintu dunia seakan terkunci untuk menceritakan segala resha dan kekecewaan yang bersarang di jiwa.

Maka,
saat itu,
tadahlah tanganmu yang basah bersama kemurniaan wudhu'
dan air mata keinsafan.
Allah pasti hadir dekat dengan jiwamu
untuk mendengar segala isi hatimu yang luka pedih,
Allah itu dekat.

Monday, November 7, 2011

Love This One ! ^_^

Assalamualaikum.


Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.

Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.

Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna. Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. 

Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.

Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama. moga Allah redha~

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Assalamualaikum.


Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau ?

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau?

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini.
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu.

InsyaAllah Amin Ya RabbalA'lamin.

InsyaAllah ! =)

 Assalamualaikum.

✿~ Menjadi WANITA itu indah..
✿~ Menjadi MUSLIMAH itu sangat indah..
✿~ Menjadi MUKMINAH jauh lebih indah dan menjadi solehah adalah PILIHAN yang terpaling indah..

>>> Aku ingin menjadi SEBAIK-BAIK wanita yang SOLEHAH pada pandangan Allah..dan akan, tetap dan sentiasa memohon dan berusaha dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk mendapatkannya..insyaAllah..(✿◠‿◠)
 




Oh Kenapa Jadi Macam Tu ? o.O

Assalamualaikum.

Cuba tengok post yang kat bawah tu.post itu menarik tapi aku tak tahu kenapa tiba-tiba jadik macam tu.confuse aku.jadi terlebih lebar.mungkin sebab aku dah lama tak update blog and blog nie terkejut langsung terus 'bobok'.haha.tak logik langsung.em.sabar je la.em.i've no idea ! aku jadi diam seribu bahasa apabila post tu jadi macam tu.ruhsak blog aku.even follower tak sebanyak pasir di pantai ! #adakesimileyangmacamtu# =.='

Boleh je kan kalau nak delete post dalam blog.ye,memang boleh.tapi aku tersalah buat.I mean,buat tanpa tanya orang.lepas aku buat and then aku tanya orang and then dia cakap camtu camni.memang betul dah apa yang aku buat tapi salah sikit je.sikit je.yang kesalahan sikit tu la yang menjadikan blog aku tak betoii.huh,not cool.takpe la.aku rasa aku patut buat entry post banyak-banyak untuk coverkan post tu.kan kan kan.hihi.

Saturday, November 5, 2011

Cinta :)

Assalamualaikum.


















Cinta sebenarnya begitu suci, cuma kita yang salah mentafsir. Islam tidak pernah menggambarkan cinta itu hina dan keji sehinggalah cinta itu dikuasai nafsu dan diukur dengan nilai-nilai cetek dan sementara tanpa dihubungkan dengan nilai Iman dan kehidupan Akhirat yang kekal abadi.
Bukankah cinta itu suci, sesuci embun pagi?
Bukankah cinta itu mulia dan tinggi?
Bukankah cinta itu datang dari kebersihan hati lalu melahirkan kemuliaan budi, kasih dan kepekaan jiwa?

Benarkah itu cinta,
Kalau kita semakin keji dan hina?
Benarkah itu cinta,
kalau kita semakin bodoh dan lupa kemuliaan diri?
Benarkah itu cinta,
kalau kehidupan kita hilang pedoman lalu terdampar dipantai maksiat?
Benarkah itu cinta,
kalau kita lupa diri hingga tercampak kelembah yang hina dina?
Benarkah cinta yang menjadikan kita bodoh, hina, keji dan lupa diri?
Benarkah cinta yang menjadikan hati kita hitam dan kotor hingga diri kita tidak lagi ‘suci’?
Benarkah cinta yang menjadikan kita sesat dalam kehidupan?
Benarkah cinta yang menjadikan kita lupa dari mana kita datang, untuk apa didatangkan dan kemana akhirnya kehidupan?

Benarkah itu cinta Atau nafsu yang menggoda
Atau syaithan yang memperdaya
Atau Iman yang yang semakin kehilangan Nyala

Benarkah itu cinta
Atau kejahilan yang menguasai
Atau dunia yang memperdaya diri
Atau kita yang buta dan lupa
Buta terhadap kebenaran dan Iman
Buta terhadap kemuliaan dan ketinggian
Lupa terhadap syaithan yang penuh kebencian
lupa terhadap nafsu yang memperdayakan insan

Bukankah semua kita inginkan kemuliaan
Bukankah semua kita mencari kebahagiaan
Bukankah semua kita mencari ‘jalan pulang’
Kenapa kehinaan yang datang
Kenapa tiada lagi damai dan ketenangan
Kenapa kita tersesat di pertengahan jalan
Kenapa kita terlupa ‘jalan pulang’

Benarkah itu cinta?
Atau kita yang diperdaya
Kehinaan di hias hingga mempersonakan
Kesementaraan dinampakkan kekal
Segala yang busuk terbau harum
Segala yang keji ternampak indah

Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan mengecewakan. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari ‘kosmetik’ sahaja. Kita perlukan cinta bukan ‘kosmetik cinta’. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri.

Jadi kalau ada orang yang sedang bercinta saya mohon ‘teruskan percintaan anda’. Cinta itu tenang dan membahagiakan. Cinta itu menjadikan kita mulia dan tinggi. Mulia dan tinggi disisi Ar Rahman dan Ar Rahim sumber dan simbol cinta hakiki.
Kalau ada yang masih belum jatuh cinta. Ayuh, carilah cinta anda kerana ianya menghidupkan hati, membuka mata dan memimpin jiwa. Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan cinta, mendokong dakwahnya berbekalkan cinta dan meninggalkan dunia ini dengan mewariskan cinta. Cinta baginda kepada Allah Ar Rahman sehingga seluruh kehidupan ini hanya untukNya.

Cinta itulah yang telah memuliakan generasi pertama yang selama ini hidup dalam kebencian, teraba-raba dalam kegelapan lalu jatuh ke lembah nista dan hina. Cinta lalu hadir bersama cahaya hingga hati-hati mereka kembali hidup dan segar, keimanan berputik dan membuahkan bunga-bunga cinta lalu bunga-bunga cinta itulah yang kita perlukan kini. Untuk kita hidup dengan rasa persaudaraan, untuk kita bina rumahtangga di atas dasar iman dan untuk kita membangunkan masyarakat yang menghayati keimanan. Bunga-bunga cinta itulah yang telah menyelamatkan generasi pertama dari kebinasaan jiwa, menyelamatkan wanitanya dari diperdagangkan lalu menjadikan mereka isteri-isteri yang mulia dan ibu-ibu yang dicintai. Lalu lahirlah generasi yang mewarisi haruman bunga cinta itu. Kalau anda sedang asyik dalam percintaan, teruskan itulah kenikmatan hidup tetapi tanyakan pada diri anda…benarkah itu cinta?