Assalamualaikum.
1) Jadikan air kosong sebagai teman baik anda(teman baik yang tak hidup pun perlu ada juga tau)minum air suam sebanyak yang boleh.ia baik untuk melembabkan kulit dari dalam dan dalam masa yang sama menyingkirkan kotoran dalam tubuh.
2) Jaga pemakanan.berikan perhatian kepada hidangan seimbang,pilih yang mewah khasiat khususnya vitamin.vitamin B bertindak membina asas kulit yang sihat,vitamin C dan E memberi perlindungan pada kulit daripada terkena bahana matahari,manakala vitamin A memperbaiki kulit yang rosak.sumbernya ? ada dalam di sayur-sayuran dan buah-buahan.
3) Kenali jenis kulit anda.buat pemeriksaan mengenali jenis kulit supaya anda mengetahui masalah dan apa jalan penyelesaiannya.ia turut memudahkan anda memilih produk bersesuaian dengan jenis kulit.dapatkan bantuan kaunter kecantikan yang banyak di gedung beli-belah.nie yang aku duk pikir selama nie.
4)Usah memakai alat solek terlalu tebal.pilih yang bertekstur ringan supaya tidak menyumbat liang pori wajah.dan anda wajib membersihkan wajah setiap kali selepas bersolek dan jangan sesekali tidur dengan wajah dilapisi mekap.cuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pabila bersolek gunakan make-up remover untuk membersihkannya,bukan sekadar pencuci wajah biasa.
5)Mencuci,menyegar dan melembab.inilah 3 langkah asas wajib diamalkan bagi anda yang mahukan kulit sempurna.
6)Bersenam untuk mengeluarkan peluh.ambil masa untuk bersukan kerana toksin dalam tubuh perlu dikeluarkan.anda akan tampak hasilnya dalam beberapa minggu.wajah tampak lebih bersei.insyaAllah.
7)Jadikan krim tabir suria sebagai teman baik acap kali anda keluar rumah.seeloknya sapukannya 30 minit sebelum keluar supaya krim tabir suria sebati dengan kulit wajah.alaa.yang vaseline spf 24 tu laa.hess.
8)Bagi yang dikurniakan ton wajah yang gelap,usah terlalu ghairah mencuba krim pencerah wajah.anda perlu tanamkan pada minda anda kulit wajah yang sempurna tidak dinilai daripada ton sebaliknya kompleksi dan sejauh mana sihatnya kulit anda.ye,ce bayangkan.kulit gelap tapi licin dengan kulit cerah tapi tak licin.tentu better yang gelap n licin than cerah tapi tak licin.bagi yang mempunyai kesan atau parut jerawat cuba produk yang boleh memudarkan parut.like bio-oil.aku dah guna.alhamdulillah berkesan :) usah ambil jalan singkat dengan melakukan proses pengelupasan yang menggunakan bahan kimia berlebihan.
9)Usah stress dan tentukan anda mempunyai rehat yang cukup.
No comments:
Post a Comment