Monday, June 6, 2011

Ancaman Terhadap Orang-orang Yang Meninggalkan Solat

1) Ancaman Di Dunia :-

    ->Allah menghapuskan tanda-tanda soleh pada mukanya.
    ->Tiap-tiap amal yang dikerjakan tidak diberikan pahala.
    ->Segala doanya tidak akan diperkenankan oleh Allah.
    ->Dimarahi dan dibenci oleh makhluk di dunia.
    ->Umur tidak berkat.
    ->Tidak ada bahagian dari doa orang-orang soleh.
    ->Seksa ketika hendak mati.

2) Ketika Hampir Mati :-

    ->Mati dalam kehinaan.
    ->Mati dalam keadaan tersangat lapar.
    ->Mati dalam keadaan sangat haus.Jika dituangkan sekelian air laut di dunia ke dalam mulut  
        mereka,nescaya mereka merasa tidak puas.
  
3) Semasa Di Alam Kubur :-

    ->Disempitkan kuburnya.
    ->Dinyalakan api.Dimana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
    ->Diseksa dengan ular yang bernama Asy Syujaa' Al Aqra' sehingga ke hari kiamat.

4) Semasa Hari Akhirat :-

    ->Allah memandang dengan pandangan yang murka.
    ->Menghadapi hitungan yang amat sukar dan sulit semasa kiraan amalan.
    ->Allah akan memerintahkan Malaikat supaya menghumban orang yang tidak solat ke dalam neraka.

                                            "Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan"

No comments:

Post a Comment